Salam kepada semua pengunjung.. Kami membuat pre order direct dari China dan lain2 negara.Semua item yang berada didalam blog ini adalah pre order dimana pre order bermakna barangan tiada ditangan kami tetapi di order mengikut permintaan customer.Hanya customer yang membuat pre order sahaja layak untuk mendapat harga yg ditawarkan oleh kami.Sekiranya anda merasakan harga yang tertera mahal dan boleh mendapatkan sendiri barangan tersebut dengan harga yang lebih murah jika order sendiri di China dan lain2 negara,anda tidak perlulah membuat order dengan kami dan tidak perlulah mempertikaikan harga kami kerana harga yg tertera di blog kami termasuk kos postage dari supplier ke warehouse,kos shipping dari china ke malaysia,caj clearance kastam.
Deposit 80% diperlukan sekiranya anda membuat order daripada kami kerana ini untuk mengelakkan not serious buyer.. SILA IKUTI ARAHAN MINIMUM ORDER YANG TELAH DITETAPKAN BAGI SETIAP PRE ORDER YANG ADA.SETIAP ORDER YG TIDAK MENGIKUT MOQ YG DITETAPKAN,ORDERNYA AKAN DIBATALKAN.INI ADALAH PENTING KERANA IANYA ADALAH ARAHAN DARI PIHAK SUPPLIER DI CHINA YANG KEBANYAKANNYA MEMERLUKAN MINIMUM ORDER BAGI SESUATU JENIS BARANGAN ATAU NILAI BELIAN.

TARIKH TUTUP SEMUA PRE ORDER--TARIKH TERBARU---



PRE ORDER UNTUK BULAN SEPT AKAN BERMULA DARI HARI INI DAN AKAN DITUTUP ORDER PADA 07 OKTOBER 2014 .ANDA DIMINTA MENGHANTAR SENARAI BARANGAN YANG INGIN DI ORDER KE EMAIL KAK SUE :- azmashop@ yahoo.com. SELEWAT-LEWATNYA PADA 06 OKTOBER 2014 2014. BAYARAN DEPOSIT 80% PERLU DIJELASKAN SELEWAT-LEWATNYA 06 OKTOBER 2014 2014 SEBELUM URUSAN ORDER DILAKUKAN KE SUPPLIER DI CHINA PADA 08 OKTOBER 2014 2014. SEBARANG PERTANYAAN BOLEH SMS/WHATSAPP @ 0176367610 ( KAK SUE)
~HARAP MAKLUM~
BARANGAN PRE ORDER akan mengambil masa antara 4 minggu utk sampai ke MALAYSIA selepas tarikh ianya bertolak dari China dan bukannya dikira 4 minggu selepas tarikh tutup pre order.Ini mengambil kira waktu supplier menghantar barang ke warehouse,masalah forwader,faktor cuaca dilaut,kelewatan kapal bertolak dari China,pengurusan clearance kastam dan sbgnya.Adakala barangan akan sampai lewat disebabkan oleh masalah-masalah tertentu.Ini adalah diluar kawalan pihak Azmashop.Sekiranya anda tidak boleh menunggu lama,anda tidak dibenarkan untuk membuat sebarang tempahan dengan Azmashop kerana seandainya barangan lewat sampai disebabkan masalah tertentu dan anda ingin membatalkan tempahan,pihak kami tidak akan memulangkan deposit yang telah dibayar.Deposit akan dipulangkan 100% hanya sekiranya barangan anda tiada STOK~HARAP MAKLUM~
SEKIRANYA ADA BARANGAN YANG ANDA HAJATI TETAPI TIADA DI BLOG INI,ANDA BOLEH MENGHANTAR CONTOH PIC KE EMAIL KAK SUE..INSYAALLAH KAK SUE AKAN CARIKAN UNTUK ANDA KERANA TERLALU BANYAK BARANGAN YANG TIDAK SEMPAT KAKSUE UPDATE EKORAN KESIBUKAN UNTUK BERBLOGGING

Pengikut


TARIKH TUTUP PRE ORDER BAGI KESEMUA BARANGAN YANG BERADA DIDALAM WEBSITE INI ADALAH 07 OKTOBER 2014
~HARAP MAKLUM~

Cari Produk Disini

Sunday

Pre Order Mangkuk Bekam

MINIMUM ORDER KESELURUHAN SUPPLIER INI ADALAH 1 UNIT SAHAJA




RM25 each

vacuum cupping (pull cylinders) simple treatment instrument * 12 fitted with head

Material: Plastic
Cupping number: 12

BEKAM adalah satu subjek yang besar biarpun ia sekadar satu cabang dalam perubatan alternatif. Mengikut definisi ia adalah kaedah rawatan yang menggunakan alat seperti gelas, tanduk atau buluh yang menyedut permukaan kulit untuk mengeluarkan angin, darah, toksik, darah beku atau kekotoran.

Ada beberapa jenis bekam yang diamalkan di dunia seperti bekam kering (angin), bekam basah (darah), bekam magnet, bekam elektronik dan bekam akupuntur.

“Hampir 60 peratus bekam yang diamalkan di seluruh dunia terdiri daripada bekam kering (angin). Bekam angin pula terbahagi kepada beberapa jenis iaitu magnet dan akupuntur (aku-bekam). Bekam jenis ini tidak menyakitkan dan amat sesuai digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit seperti sakit kepala, muntah, resdung, masalah hati, sakit belikat, urat saraf, sakit leher, berdengkur, buah pinggang, buasir dan pelbagai lagi,” katanya.

Bekam basah atau bekam darah pula menguasai 30 peratus teknik berbekam dan terbahagi kepada dua iaitu bekam darah moden dan bekam darah sunnah (mengikut sunnah Rasulullah). Perbezaan bekam moden dengan sunnah ialah bekam moden menggunakan jarum, boleh dilakukan mengikut kelapangan pesakit tidak mengira waktu, sekerap dua kali seminggu dan tidak kisah jika pengamalnya lelaki atau perempuan.

Bekam sunnah pula menggunakan pisau cukur kerana mengikut satu ayat iaitu ‘shartah’ yang bermaksud toreh. Bekam jenis ini dilakukan pada hari tertentu iaitu pada tanggal 17, 19 dan 21 mengikut kalendar Islam dan afdal dilakukan pada Khamis, Jumaat dan Isnin. Hari perlu dielakkan ialah Rabu.

Mengikut tulisan Ibnu Sina, waktu terbaik untuk berbekam ialah antara jam 2 petang hingga 3 petang dan seharusnya dilakukan selepas mandi, kecuali bagi orang yang darahnya kental, harus mandi air panas sehingga tubuhnya berasa hangat sebelum berbekam.

Amalan bekam darah dahulunya biasa dilihat di tepi-tepi jalan, dan pengamal bekam sebegini biasanya mewarisi teknik bekam secara turun temurun. Tidak dinafikan teknik ini pernah dilabel sebagai perubatan jalanan kerana amalan kebersihan seperti peralatan serta cara darah kotor dilupuskan diragui.

Apapun jenis bekam yang dipilih, bagi yang berminat dengan rawatan ini, mereka perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai maklumat serta kemungkinan termasuk pantang larang dan tahap kepakaran pengamal bekam. Beberapa perkara yang boleh berlaku ketika dan selepas bekam termasuk pitam, pening, kebas, pendarahan, lebam, kulit melecet, jangkitan, gatal-gatal, sakit bahagian bekam dan keguguran.

Pengamal bekam hendaklah bertauliah dan tahu apa yang dilakukan, mematuhi undang-undang perubatan mengikut Akta Perubatan 1971, memahami dan mengikut peraturan pengamalan, menjaga kebersihan dan tidak berbekam pada bahagian yang dilarang.

Bagaimanapun, usul ini masih pada peringkat perbincangan disebabkan kebanyakan pengamal bekam di negara ini mewarisi teknik ini secara turun-temurun.

Dari segi sejarah, penggunaan teknik bekam paling awal dikesan melalui amalan kaum Nabi Lut yang membaling batu kepada orang asing yang memasuki ke kampung mereka. Pendatang yang luka kepalanya kemudian dikejar dan diminta membayar wang sebagai habuan kerana mengeluarkan darah dari kepala mereka.

Mereka yang berusia 4 hingga 65 tahun boleh berbekam.

Kebiasaannya, rawatan bekam kering mengambil masa antara 15 hingga 20 minit.

Sesi terapi bekam darah tidak melebihi 30 minit.

Jumlah darah tidak melebihi 5 hingga 10 mililiter.

sumber info:BEKAM

PRICE WHOLESALE:

50 unit=RM15
100 unit above=RM13
500 unit above=RM11.00
1000 unit above=RM10.00
≥1500 unit=RM9.00

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...