RM 120 EACH
Guna seluar sauna ini dan lakukan aktiviti harian anda seperti biasa.Menjimatkan waktu dan secara tidak langsung semua pekerjaan rumah anda selesai .
Ianya mampu mengeluarkan peluh anda..
Cuma 1 jam sehari anda mampu mengeluarkan peluh anda.
Ianya diperbuatdari bahan PVC yang kedap udara dan akan mengeluarkan peluh selepas beberapa minit penggunaan dan merupakan proses detoksifikasi yang berkesan.Ianya boleh menggalakkan peredaran darah, meningkatkan fungsi fizikal serta meningkatkan kecergasan fizikal.
Kebaikan Sauna
Antaranya membersihkan kulit. Sauna menyebabkan berpeluh dan mandi selepas sauna boleh membersihkan kulit daripada mandi biasa. Sauna juga meningkatkan perjalanan darah dan oksidasi sel-sek, tisu dan organ. Ini meningkat kemampuan tubuh utuk menghasilkan tenaga yang pada masa sama mempercepat pemulihan. Sauna juga mampu meningkatkan prestasi seseorang atlet yang banyak menggunakan stamina. Sauna juga didakwa mampu mencegah beberapa penyakit seperti radang sendi disamping ada disyorkan digunakan sebagai rawatan sakit-sakit seperti sakit otot, glaucoma, sindrom keletihan kronik, fibromyalgia, penyembuhan selepas melahirkan anak, diabetis, hipertensi, aterosklerosis hiperlipidemia, anorexia nervosa, meningkatkan aritma jantung dan mengurangkan denyut jantung ketika latihan.
Menurut kajian sauna juga mampu mengurangkan tekanan degan mengurangkan paras hormon adrenalin dan noradrenalina serta meningkatkan paras endorphin beta. Bagaimanapun, ia juga menyebabkan kenaikan substansial dalam ACTH (hormon adrenokortikotropik) dan kortisol disebabkan tekanan hipertermia. Kortisol tetap tinggi walaupun selepas 30 minit di dalam sauna. Menurut kajian sauna juga dapat mengurangkan prostaglandin F2alpha dan melindungi badan dari tekanan oksidasi. Ia dapat meningkatkan pengaktifan monosit terhadap bakteria dan endotoksin.
Kajian juga menunjukkan sauna diikuti dengan mandi air telah dapat mengurangkan rasa sakit pada rheumatoid arthritis di mana rasa sakit dimediasi oleh simpatetik c-fiber peka. Selalu bersauna meningkatkan peredaran mikro yang mengurangkan vasokonstriksi dan hipertensi. Sauna meningkatkan bekalan mikrosirkulasi dan darah ke tempat-tempat terhad disebabkan vasokonstriksi.
Penyelidikan juga menunjukkan bahawa adaptasi sejuk melalui stimulus sejuk seperti berendam dalam air sejuk mempunyai manfaat tambahan utuk meningkatkan kebolehan antioksida badan dengan peningkatan glutathione dan pengurangan asid urik. Paras glutathione memainkan peranan penting dalam kesihatan kardiovaskular, penyakit paru-paru, kencing manis, penyakit radang usus, kanser, osteoporasis, penuaan, penyakit degeneratif neuro, CFS, dan lain-lain. Peningkatan asid urik menjadi faktor untuk gaot, penyakit metabolisme dan penyakit vaskular.
Selepas sauna, adalah penting untuk meminum kembali air yang telah hilang.
No comments:
Post a Comment